Mengikut istilah, anak yatim memberi maksud kanak-kanak yang masih belum baligh dan kemudiannya kehilangan atau kematian salah satu dari ibu atau bapanya. Sedikit berbeza dengan anak yatim piatu (istilah yang hanya diguna pakai oleh Melayu Malaysia walaupun tidak dinyatakan di dalam syariat Islam) yang bermaksud kanak-kanak yang masih belum baligh dan kemudiannya kehilangan atau kematian kedua-dua ibu dan bapanya.
Anak Yatim Dari Istilah Syariah Islam
Bagi orang yang sudah dewasa dan kemudiannya kehilangan ibu bapa tidaklah digelar sebagai anak yatim lagi kerana mereka sudah pun mampu menyara dan menjaga diri sendiri. Ianya hanya sesuai digunakan untuk kanak-kanak sahaja kerana mereka tidak mampu menjaga dan menyara diri sendiri dan masih memerlukan pertolongan serta bantuan dari orang lain.
Menurut Fath Al-Qarib dan Al-Baijuri:
“Anak yatim ertinya budak kecil (berumur rendah), yang tiada mempunyai bapa, sama ada budak itu laki-laki atau perempuan, sama ada ia mempunyai datuk atau tiada. Termasuklah budak kecil anak zina, anak pungutan dan anak yang dinafikan dengan sebab li ‘an antara suami isteri. Apabila ia sudah baligh maka tiadalah dinamakan dia yatim, dan baligh itu dengan cukup umur lima belas tahun qamariyyah.”
Islam mewasiatkan umat Islam supaya melakukan hubungan baik dengan anak yatim, memberi perlindungan dan pendidikan serta memberi dan memelihara hak-hak mereka.
Firman Allah yang bermaksud:
“ Oleh sebab itu maka anak yatim janganlah kamu hinakan.” Al- Dhuha
“Tahukah engkau orang yang mendustakan agama, iaitu orang yang menengking anak yatim.” al- Maun
Islam juga mencegah sama sekali memakan harta anak yatim dengan cara zalim seperti yang dinyatakan di dalam surah An-Nisa ayat 6.
1 comments:
.https://keep.line.me/s/Lb8uYYKl0c45XfYhErKpES9VipJoa6sXmUwle-HBC7I
Web: almawaddah.info
Salam wa rahmah
Kepada;
Yang dihormati para akademik, para rektor universiti dan para mufti.
Tan Seri/Datuk Seri/Datuk/Datin/ tuan/puan
Tajuk: "Penukaran al-Qur'an dangan mazhab Ahli Sunnah Wal-Jamaah sebagai asas agama Islam oleh para Mufti Malaysia adalah "un-Islamic" . Rencana ini adalah bagi tujuan kajian dan renungan.
Sila layari laman: almawaddah.info
Tidakkah Islam itu rahmatan li -l-Alamin?
Terima kasih.
Daripada;
Pencinta al-Qur'an sebagai asas agama Islam di Malaysia.
Kuala Lumpur
Malaysia.
Post a Comment