Tapak Rumah Anak-Anak Yatim AMAL SOLEHAH

LOT 3277, Kampung Sungai Durian, Mukim Ayer Puteh 06700 Pendang, Kedah.

Sumbangan DANA

Sumbangan dana untuk operasi rumah anak yatim ini amatlah dihargai. Sebarang sumbangan boleh terus disalurkan melalui CIMB Islamic : 02090000410100. Hanya ALLAH yang mampu membalas jasa baik Tuan/Puan.

Harapan Yang Sama

Setiap anak ini mempunyai harapan yang sama, tempat tinggal yang selesa, makanan berkhasiat, pendidikan sempurna dan kasih sayang keluarga

Sejauh Mata Memandang

Ketenangan sawah padi yang menghijau

Bantu kami

Kami mengharapkan sumbangan kecil anda untuk merialisasikan impian kami yang tinggi, membesar seperti kanak-kanak lain.

Monday, 26 November 2012

Pengurusan


Yang Berbahagia Datuk Shamsuddin Haji Tahir
PENGERUSI
Rumah Anak-Anak Yatim Amal Solehah

TIMBALAN PENGERUSI
Tuan Haji Ahmad bin Shafie

SETIAUSAHA
Puan Amal Izzah binti Shamsuddin
HP: 013 4405454 

BENDAHARI
Puan Anas binti Ibrahim

AHLI JAWATANKUASA PENGURUSAN
1) Encik Shariff bin Kassim
2) Encik Badrolsham bin Johari
3) Puan Halijah binti Sulaiman
4) Encik Mohd.Fadzhil bin Haji Saad
5) Encik Alias bin Baharom
6) Tuan Haji Wan Ismail
7) Encik Muhammad Hisham

PENASIHAT:
Tuan Ketua Balai Polis Jenun
Tuan Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah Pendang
Tuan Guru Besar Sekolah Kebangsaan Bukit Jenun
Tuan Imam Masjid Khariah Tanjong Setol
Pengerusi Komuniti Kpg.Sungai Durian,Jenun.

Aktiviti



















APRIL 2011 - Inilah sebahagian kerja kerja awal pembinaan bangunan Rumah Anak Yatim Amal Solehah Pendang yang  usahakan di Kg.Sg.Durian, Jln.Jenun,Pendang untuk menempatkan anak yatim/miskin seramai  40 orang yg di perolehi dari beberapa individu dan syarikat komprat,bank dan sumbangan dari beberapa agensi Kerajaan.Kerja-kerja pembinaan ini dimulakan awal tahun 2009 diatas sebidang tanah lot 3277 Kg.Sg.Durian, Jenun, Mukim Ayer Puteh seluas 484 jemba (1 relong) yang dijariahkan oleh Puan Solehah binti Abdullah. Bangunan yang didirikan atas tanah ini ialah dua buah asrama, surau, dewan makan, bilik bacaan, pejabat, rumah pengawal dan sebuah dewan terbuka.




JUN 2011 - Bersama masyarakat sekitar pekan jenun dalam Program gotong royong membersih kawasan dan mengecat rumah anak yatim amal solehah pendang.seramai 150 orang ramai turut serta.




FEBRUARI 2012 - Gambaran sebahagian bangunan masih dalam pembinaan dan pihak kami masih mengharapkan sumbangan jariah drp orang ramai utk membeli peralatan dan perabut asrama.sumbangan boleh dibuat terus ke ac no.CIMB Islamic No.02090000410100.




JULAI 2012 - Anak2 yatim & miskin rumah anak ystim amal solehah pdg bergambar kenangan dgn kelab berbasikal pendang setelah selesai berbuka puasa & menerima sumbangan duit raya




OGOS 2012 - Menyampaikan sumbangan zakat & barangan kepada 350 orang anak yatim,ibu tunggal dan yg kurang kemampuan langsong berbuka puasa di dataran rumah anak yatim amal solehah pendang.Zakat dikeluarkan oleh Tuan Haji Mohd.Rafik Idrus dan Encik Mohd.Hazwan bin Tan Sri Ariffin.






Jika anda kenal anak ini, sila bawa dia kepada kami kerna nasibnya perlu dibela untuk makan dan hidup saperti kanak-kanak lain.

Sunday, 25 November 2012

Pengertian Anak Yatim

Mengikut istilah, anak yatim memberi maksud kanak-kanak yang masih belum baligh dan kemudiannya kehilangan atau kematian salah satu dari ibu atau bapanya. Sedikit berbeza dengan anak yatim piatu (istilah yang hanya diguna pakai oleh Melayu Malaysia walaupun tidak dinyatakan di dalam syariat Islam) yang bermaksud kanak-kanak yang masih belum baligh dan kemudiannya kehilangan atau kematian kedua-dua ibu dan bapanya.

Anak Yatim Dari Istilah Syariah Islam

Bagi orang yang sudah dewasa dan kemudiannya kehilangan ibu bapa tidaklah digelar sebagai anak yatim lagi kerana mereka sudah pun mampu menyara dan menjaga diri sendiri. Ianya hanya sesuai digunakan untuk kanak-kanak sahaja kerana mereka tidak mampu menjaga dan menyara diri sendiri dan masih memerlukan pertolongan serta bantuan dari orang lain.

Menurut Fath Al-Qarib dan Al-Baijuri:

“Anak yatim ertinya budak kecil (berumur rendah), yang tiada mempunyai bapa, sama ada budak itu laki-laki atau perempuan, sama ada ia mempunyai datuk atau tiada. Termasuklah budak kecil anak zina, anak pungutan dan anak yang dinafikan dengan sebab li ‘an antara suami isteri.  Apabila ia sudah baligh maka tiadalah dinamakan dia yatim, dan baligh itu dengan cukup umur lima belas tahun qamariyyah.”

Islam mewasiatkan umat Islam supaya melakukan hubungan baik dengan anak yatim, memberi perlindungan dan pendidikan serta memberi dan memelihara hak-hak mereka.

Firman Allah yang bermaksud:

“ Oleh sebab itu maka anak yatim janganlah kamu hinakan.” Al- Dhuha
“Tahukah engkau orang yang mendustakan agama, iaitu orang yang menengking anak yatim.”  al- Maun

Islam juga mencegah sama sekali memakan harta anak yatim dengan cara zalim seperti yang dinyatakan di dalam surah An-Nisa ayat 6.

Dermakan Sebahagian Harta Yang Kamu Sayangi

Dato Ahmad Rodzi menyampaikan sumbangan kepada penghuni Rumah Anak Yatim semasa lawatan bersama isteri Datin Zarina 15 Januari 2013.Beliau antara penyumbang utama Rayas.

Riwayat: Bukhari dan Muslim daripada Anas RA katanya, Abu Thalhah RA ialah orang Ansar yang paling banyak harta daripada kebun-kebun tamar yang luas. Harta yang paling disukainya ialah kebun tamar Bir Ha’ yang menghadap ke arah masjid (Nabawi). Rasulullah SAW pernah masuk ke kebun itu dan minum airnya yang sedap. Anas berkata, apabila turun ayat yang bermasud,

“Kamu tidak sekali-kali akan dapat mencapai (hakikat) kebajikan dan kebaktian (yang sempurna) sebelum kamu dermakan sebahagian daripada apa yang kamu sayangi”.

Abu Thalhah pergi menemui Rasulullah dan berkata “Wahai Rasulullah, sesungguhnya Allah telah berfirman yang maksudnya, “Kamu tidak sekali-kali akan dapat mencapai (hakikat) kebajikan dan kebaktian (yang sempurna) sebelum kamu dermakan sebahagian daripada apa yang kamu sayangi dan sesungguhnya aku sangat sayang kepada kebun tamar Bir Ha’ itu dan aku jadikannya sebagai sedekah pada jalan Allah agar aku mendapat kebaikan (yang dijanjikan Allah) dan sebagai bekalan akhirat disisi Allah SWT. Oleh itu, engkau gunakanlah harta itu mengikut apa yang Allah tunjukkan kepadamu”.

Maka jawab Rasulullah SAW, “Ah, harta itu sangat menguntungkan, harta itu sangat menguntungkan, sesungguhnya aku dengar apa yang telah engkau katakan dan aku berpendapat engkau agihkan harta itu kepada kaum kerabat engkau”. Maka Abu Thalhah berkata, “Aku akan lakukan (seperti yang engkau suruh) wahai Rasulullah SAW”. Lalu Abu Thalhah membahagikan harta tersebut kepada kaum keluarga dan sepupunya”.


Huraian Hadith:
Ganjaran yang sempurna ialah dengan membelanjakan harta yang paling baik dan paling disayangi. Pemberian kepada kaum keluarga juga adalah dikira sebagai sedekah. Hadis ini menunjukkan kelebihan para sahabat R.hum antaranya Abu Thalhah yang segera menyahut perintah Allah SWT untuk mencapai darjat kesempurnaan yang tertinggi, dan ini menunjukkan kemantapan iman mereka. Harus menyerahkan urusan pembahagian sedekah dan sebagainya kepada ulama dan orang soleh untuk dibahagikan atau dibelanjakan pada jalan kebajikan. Harus memberi galakan kepada seseorang untuk melakukan kebajikan dengan memujinya dengan pujian yang tidak keterlaluan dan berterima kasih atas sikapnya. Orang yang paling utama dilakukan ihsan kepada mereka ialah keluarga terdekat jika mereka orang yang berhajat. Jika tidak maka orang yang berhajat lebih utama.

Pembela Anak Yatim Dapat Ganjaran Syurga

Ehsan Berita Harian, 28/01/2011 oleh Ahmad Sabki Mohd Tahir

Al-Quran beri gambaran jelas umat prihatin, ikhlas bantu golongan miskin dilimpahi rahmat

DALAM al-Quran sebanyak 23 kali disebut perkataan 'yatim' dan penggunaan kata-kata yatim itu merujuk kepada kemiskinan dan kepapaan. Ertinya mereka yang berada dalam golongan yatim (anak yatim) memerlukan perhatian dan pembelaan daripada masyarakat untuk membolehkan mereka hidup selesa dan sempurna seperti orang lain yang mempunyai penjaga (ayah atau ibu).


Al-Quran secara jelas menegaskan dalam beberapa ayatnya yang menyuruh kita berbuat baik kepada anak yatim. Surah al Baqarah, ayat 220, Allah SWT berfirman bermaksud; “Mereka bertanya kepadamu mengenai anak yatim, katakanlah: Memperbaiki keadaan mereka adalah baik.”
Daripada Abu Ummah diceritakan bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Barang siapa yang membelai kepala anak yatim kerana Allah SWT, maka baginya kebaikan yang banyak daripada setiap rambut yang diusap. Dan barang siapa yang berbuat baik kepada anak yatim perempuan dan lelaki, maka aku dan dia akan berada di syurga seperti ini, Rasulullah SAW mengisyaratkan merenggangkan antara jari telunjuk dan jari tengahnya.” (Hadis riwayat Ahmad)

Mengulas hadis riwayat Ahmad itu, Al-Hafizah Ibnu Hajar Al-Asqalani berkata: “Cukuplah sebagai bukti yang menetapkan dekatnya kedudukan Nabi dengan kedudukan orang yang mengasuh anak yatim, kenyataan bahawa antara jari tengah dan jari telunjuk tidak ada jari yang lain.”

M Khalilurrahman Al-Mahfani dalam sebuah bukunya mencatatkan mengenai anak yatim: “Anak yatim adalah satu daripada komponen kehidupan yang harus kita rahmati. Dengan kata lain, kita harus menjadi rahmat bagi mereka, bukan menjadi musibah.”

Rahmat bagi mereka dizahirkan dalam bentuk kepedulian yang nyata, antara lain mengasuh mereka dalam keluarga kita, membantu ekonomi dan pendidikan, menjadi orang tua asuh, serta aktif mengelola rumah asuhan.
Sesungguhnya Islam adalah agama yang sangat menitikberat kesejahteraan umatnya, terutama nasib golongan yang lemah seperti orang miskin, ibu tunggal dan anak yatim. Sehubungan itu, Allah SWT memerintahkan kepada Nabi-Nya dengan firman-Nya dalam surah Ad-Dhuha ayat 9 yang bermaksud: “Adapun terhadap anak yatim, maka janganlah engkau berlaku sewenang-wenangnya.”

Dalam surah lain, Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Dan Dia memberi balasan kepada mereka kerana kesabaran mereka dengan syurga dan kain sutera.” (Surah Al-Insan ayat 12)

Sesiapa yang berlaku tidak baik atau bersikap zalim terhadap anak yatim pasti akan menerima balasan daripada Allah SWT dan golongan ini dianggap antara satu ciri orang yang mendustakan hari akhirat. Firman Allah SWT bermaksud: “Tahukah kamu orang yang mendustakan hari akhir? Itulah orang yang mengherdik anak yatim dan tidak menganjurkan untuk memberi makan orang miskin.” (Surah Al-Ma’un ayat 1-3)

Jelaslah bahawa pahalanya sangat besar bagi sesiapa yang berbuat baik atau memelihara anak yatim. Dalam sebuah hadis daripada Ibnu Abbas meriwayatkan Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Orang yang memelihara anak yatim dalam kalangan umat Muslimin, memberinya makan dan minum, pasti Allah SWT akan masukkan ke dalam syurga, kecuali ia melakukan dosa yang tidak boleh diampun.” (Hadis riwayat Tirmidzi)

Banyak hikmah dan kebaikan apabila anak yatim dalam keluarga dan anak yatim itu dijaga dengan baik. Allah SWT akan memberi rahmat dan kasih sayang-Nya dan keluarga kita akan berasakan ketenangan dan kebahagiaan, tetapi jika anak yatim yang ada di bawah peliharaan atau pun jagaan kita diperlakukan tidak baik, maka perbuatan itu akan menerima balasan daripada Allah.

Daripada Abu Hurairah, Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Sebaik-baik rumah di antara orang Islam adalah rumah yang didalamnya ada anak yatim yang diperlakukan dengan sebaik-baiknya dan seburuk-buruk rumah adalah rumah yang di dalamnya ada anak yatim, namun diperlakukan dengan buruk.” (Hadis riwayat Ibnu Majah)

Allah SWT juga berjanji akan memberi pahala dan ganjaran yang setimpal kepada kaum Muslimin yang membantu meringankan beban anak yatim dengan memberi sumbangan wang ringgit (derma atau sedekah). Banyak sedikit sumbangan yang diberikan itu bukan ukurannya, tetapi keikhlasan yang penting. Allah melihat apa yang ada dalam hati.

Allah SWT berfirman dalam al-Quran yang bermaksud: “Katakanlah, sesungguhnya Tuhanku melapangkan rezeki bagi siapa yang dikehendaki-Nya di antara hamba-hamba-Nya dan menyempitkan bagi (sesiapa yang dikehendaki-Nya)’, dan apa saja yang kamu infakkan, maka Allah akan menggantikannya dan Dialah pemberi rezeki yang sebaik-baiknya.” (Surah Saba ayat 39).

Dalam surah lain Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Apa saja yang kamu infakkan maka sesungguhnya Allah mengetahuinya. Orang yang berbuat zalim tidak ada seorang penolong pun baginya.” (Surah Al-Baqarah ayat 270)

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Tidak ada suatu pagi yang dilalui oleh seorang hamba kecuali dua malaikat turun. Satu daripadanya berkata: Ya Allah, berilah ganti orang yang berinfak (dermawan). Malaikat yang satu lagi berkata: Ya Allah, berilah kehancuran bagi orang yang kedekut.” (Hadis riwayat Bukhari, Muslim dan Ahmad dari Abu Hurairah).

Hubungi KAMI

Pihak kami boleh dihubungi seperti berikut :-

Lot 3277, Kampung Sungai Durian, Jenun Mukim Ayer Puteh 06720 Pendang,Kedah
Tel (P)    :    04 7410218 (Waktu operasi 10 pagi - 6.00 ptg ) 04 7596952 ( Luar waktu operasi )
HP: (P)      013-4245662 @ 013 -4405454 Setiausaha - Puan Amal Izzah bt Shamsuddin
Fax    :        04-7599952
HP     :        016-4225454 - Pengerusi
AC NO:      8601671923 CIMB Islamik Cawangan Pekan Pendang 
Email :   amalsolehahpendang@gmail.com
Facebook: RumahAnak Yatim Amal Solehah


Lokasi kami keluar dari Susur keluar Toll Pendang, belok ke kiri menuju Pekan Pendang, kira 4 km.ke arah Sekolah Kebangsaan Pendang menghala ke Jalan Jenun, kira-kira 10 km melalui Pekan Kilang Kecil dari sini meneruskan perjalanan 1 km anda akan menemui Rumah Anak Yatim Amal Solehah Pendang ( Rayas ).

Site Search