Friday 8 February 2013

Proses Pengambilan Penghuni Asrama Rayas

Syarat Pengambilan Penghuni Asrama Rayas

Pemohon mestilah warga negara Malaysia, keutamaan warga Pendang,Kedah.berumur 7 hingga 12 tahun ( Lelaki & perempuan - sihat tubuh badan /tiada penyakit kronik )
Anak yatim piatu (keutamaan) / kematian ayah / keluarga miskin tegar.

Permohonan mestilah dibuat melalui Borang Khas yang disediakan di Pejabat Pengurusan kami dengan mengemukakan Sijil Kelahiran, Sijil mati ibu bapa @ sijil penceraian ibu bapa yang disahkan atau surat sokongan yang mengesahkan masalah keluarga

Pengurusan akan merujuk setiap permohonan yang diterima kepada pihak sekolah terkini, Imam Khariah atau Ketua Kampong pemohon yang terlibat.

Setiap penghuni yang diterima masuk diwajibkan sekurang-kurangnya tinggal bersama di asrama yang disediakan selama 6 bulan. Pihak pengurusan berhak mengenakan cas atas semua perbelanjaan yang dikeluarkan sekiranya seorang penghuni tinggal kurang dari 6 bulan.

Semua penghuni akan dibenarkan pulang ke rumah waris setiap awal bulan, cuti perayaan dan cuti persekolahan. Waris yang boleh membawa keluar anak-anak mereka dengan mengisi borang khas dengan menyatakan tujuan dan tarikh & masa untuk menghantar anak tersebut ke asrama.

0 comments:

Post a Comment

Site Search