Rombongan seramai 35 anak-anak dari Rumah Anak Yatim Amal Solehah Pendang ketika menunggu untuk memulakan lawatan ke Muzium Negeri dan Menara Alor Setar.
Sila Scan menggunakan QR Scanner di Smartphone/Tablet anda!
AMAL SOLEHAH Sepintas Lalu
Penubuhan RUMAH ANAK YATIM AMAL SOLEHAH (RAYAS) yang direalisasikan dengan tertubuhnya bangunan 2 buah asrama lelaki dan perempuan berumur 7 hingga 12 tahun terdiri anak-anak yatim dan miskin yang semua kos adalah percuma oleh pihak pengurusan. Bangunan yang juga terdiri dari sebuah dewan makan, sebuah bilik bacaan, surau, pejabat serta dewan terbuka didiri atas tanah Lot 3277 Kpg.Sungai Durian, Mukim Ayer Puteh, Jalan Jenun Pendang, Kedah seluas 0.7 hektar yang diwakafkan oleh Allahyarhamah Puan Solehah binti Abdullah dimana kerja-kerja pembinaan telah dimulakan sejak tahun 2012 dan mula diduduki dan beroperasi pada Julai 2012 , Menjadi matlamat penubuhannya untuk membantu anak-anak yang malang ini dengan meyediakan kemudahan harian, pelajaran dunia dan akhirat supaya mereka semua akan menekmati kehidupan saperti kanak-kanak lain dan menjadi manusia yang berguna k.adalah salah satu usaha murni bertujuan memastikan anak-anak terutama daripada kalangan anak yatim yang miskin dan kurang berkemampuan ini terbela dan berpeluang mendapat tempat tinggal yang selesa, persekitaran yang sesuai, pemakanan yang sihat serta peluang pendidikan yang sewajarnya berteraskan Islamik, agar mereka diberi harapan untuk menjadi insan yang berilmu, berakhlak dan lebih baik pada masa hadapan, berjaya keluar daripada kepompong kemiskinan dan suatu hari nanti mampu menyumbang kembali kepada masyarakat yang senasib dengan mereka.
Pihak RUMAH ANAK YATIM AMAL SOLEHAH PENDANG,KEDAH ( RAYAS ) boleh dihubungi seperti berikut :-
Lot 3277, Kampung Sungai Durian,Jalan Jenun Mukim Ayer Puteh,Jalan Jenun 06720 Pendang, Kedah
Tel: 04- 7410218 Tel : 04 - 759 6952 Fax : 04 - 759 9952 HP : 013-4245662 - Puan Amal Izzah bt Datuk Shamsuddin HP: 016 4225454 - Pengerusi Datuk Shamsuddin Haji Tahir
ALLAH subhanahu wata’ala berfirman dalam surah al-Ma`uun ayat 1-3:
Tahukah kamu (orang) yang mendustakan agama? Itulah orang yang mengherdik anak yatim dan tidak menganjurkan memberi makan orang miskin. Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:
"Sebaik-baik rumah kaum muslimin ialah rumah yang ada anak yatim yang diasuh dengan baik dan sejahat-jahat rumah kaum muslimin adalah rumah yang ada anak yatim yang selalu diganggu dan disakiti hatinya." Hadis Riwayat Ibnu Majah.
0 comments:
Post a Comment