Tapak Rumah Anak-Anak Yatim AMAL SOLEHAH

LOT 3277, Kampung Sungai Durian, Mukim Ayer Puteh 06700 Pendang, Kedah.

Sumbangan DANA

Sumbangan dana untuk operasi rumah anak yatim ini amatlah dihargai. Sebarang sumbangan boleh terus disalurkan melalui CIMB Islamic : 02090000410100. Hanya ALLAH yang mampu membalas jasa baik Tuan/Puan.

Harapan Yang Sama

Setiap anak ini mempunyai harapan yang sama, tempat tinggal yang selesa, makanan berkhasiat, pendidikan sempurna dan kasih sayang keluarga

Sejauh Mata Memandang

Ketenangan sawah padi yang menghijau

Bantu kami

Kami mengharapkan sumbangan kecil anda untuk merialisasikan impian kami yang tinggi, membesar seperti kanak-kanak lain.

Thursday, 28 February 2013

RUMAH ANAK YATIM AMAL SOLEHAH ( RAYAS ) PENDANG KEDAH

Monday, 18 February 2013

gambar











Friday, 8 February 2013

Proses Pengambilan Penghuni Asrama Rayas

Syarat Pengambilan Penghuni Asrama Rayas

Pemohon mestilah warga negara Malaysia, keutamaan warga Pendang,Kedah.berumur 7 hingga 12 tahun ( Lelaki & perempuan - sihat tubuh badan /tiada penyakit kronik )
Anak yatim piatu (keutamaan) / kematian ayah / keluarga miskin tegar.

Permohonan mestilah dibuat melalui Borang Khas yang disediakan di Pejabat Pengurusan kami dengan mengemukakan Sijil Kelahiran, Sijil mati ibu bapa @ sijil penceraian ibu bapa yang disahkan atau surat sokongan yang mengesahkan masalah keluarga

Pengurusan akan merujuk setiap permohonan yang diterima kepada pihak sekolah terkini, Imam Khariah atau Ketua Kampong pemohon yang terlibat.

Setiap penghuni yang diterima masuk diwajibkan sekurang-kurangnya tinggal bersama di asrama yang disediakan selama 6 bulan. Pihak pengurusan berhak mengenakan cas atas semua perbelanjaan yang dikeluarkan sekiranya seorang penghuni tinggal kurang dari 6 bulan.

Semua penghuni akan dibenarkan pulang ke rumah waris setiap awal bulan, cuti perayaan dan cuti persekolahan. Waris yang boleh membawa keluar anak-anak mereka dengan mengisi borang khas dengan menyatakan tujuan dan tarikh & masa untuk menghantar anak tersebut ke asrama.

Sumbangan & Jariah


Pengurusan Rumah Anak Yatim Amal Solehah Pendang mengucapkan jutaan terima kasih kpd Datuk Mohamed Azahari Kamil Pengarah Urusan Asian Finance Bank kerna sudi menyumbang sebanyak RM:5 ribu bagi pengurusan anak-anak yatim/miskin kami.Semoga Allah swt sahaja membalasnya atas sumbangan Datuk & Asian Finance Bank yang tidak jemu membantu kami. Harapan kami Datuk akan mengadakan program bersama anak yatim ini pada bulan Ramadhan ini.

Site Search